AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
TUJUAN SYARIKAT AMANAH


Seksyen 8. Tujuan

(1) Tujuan sesuatu syarikat amanah boleh berupa mana-mana atau semua daripada, tetapi tidak boleh melebihi, seperti yang
berikut:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen ini boleh dikira sama ada sebagai menyekat atau memperluaskan kuasa syarikat itu sebagai pemegang amanah atau ejen di bawah terma mana-mana amanah atau agensi yang boleh diberikan kepadanya;

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa sumbangan, alang, pembayaran atau caruman itu boleh diberikan atau dibuat, kecuali daripada keuntungan syarikat itu yang boleh digunakan untuk pembahagian sebagai dividen;

(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai memberi kuasa kepada mana-mana syarikat amanah untuk terlibat dalam urusan bank, atau urusan insurans, atau urusan suatu persatuan deposit, simpanan atau faedah.

(3) Tiada syarikat amanah boleh menjalankan apa-apa urusan atau melaksanakan apa-apa tugas selain urusan atau tugas yang termasuk dalam tujuan yang dinyatakan dalam subseksyen (1).


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.