AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
DEPOSIT OLEH SYARIKAT AMANAH


Seksyen 7. Deposit hendaklah dipegang sebagai sekuriti

(1) Dari masa suatu perakuan di bawah seksyen 4 dikeluarkan kepada mana-mana syarikat, sekuriti yang didepositkan oleh syarikat itu dengan Akauntan Negara di bawah seksyen 3 hendaklah dipegang oleh Akauntan Negara sebagai jaminan bagi pendeposit dan pemiutang syarikat itu dan bagi pelaksanaan yang sebenar-benarnya semua amanah yang boleh disetujui terima oleh atau dikenakan ke atas syarikat itu dan bagi obligasinya pada amnya.

(2) Jika pada bila-bila masa, oleh sebab merosotnya nilai manamana sekuriti yang dipegang sedemikian oleh Akauntan Negara atau oleh sebab bertambahnya liabiliti kasar mana-mana syarikat amanah, Pendaftar berpendapat bahawa jaminan tambahan patut diberikan oleh suatu syarikat amanah, dia boleh memerintahkan supaya syarikat itu membuat, dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu, suatu deposit selanjutnya mengikut nilai yang ditentukan Akauntan Negara:

Dengan syarat bahawa syarikat itu boleh merayu terhadap perintah itu kepada Menteri, yang keputusannya adalah muktamad.

(3) Mana-mana syarikat amanah boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri Kewangan, menggantikan sekuriti lain bagi semua atau mana-mana sekuriti yang didepositkan olehnya dengan Akauntan Negara.

(4) Bunga yang terakru yang genap masa atas sekuriti yang didepositkan hendaklah dibayar kepada syarikat itu.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.