AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
PENDAFTARAN SYARIKAT AMANAH


Seksyen 5. Pendaftaran syarikat yang diperbadankan di Singapura sebagai suatu syarikat amanah

(1) Mana-mana syarikat awam yang diperbadankan di Singapura dan didaftarkan di Malaysia di bawah Penggal 2 Bahagian XI Akta Syarikat 1965, yang mendapat suatu akuan daripada Pendaftar bahawa dia berpuas hati—
Dengan syarat bahawa jika Pendaftar berpendapat bahawa, oleh sebab amaun liabiliti kasar mana-mana syarikat sedemikian di Malaysia, sekuriti tambahan patut diberikan oleh syarikat itu, dia boleh memerintahkan supaya syarikat itu membuat suatu deposit dengan Akauntan Negara mengikut cara dan tertakluk kepada rayuan yang diperuntukkan oleh subseksyen 7(2) dan, apabila deposit itu telah dibuat, deposit itu hendaklah tertakluk kepada segala peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan deposit.

(2) Seksyen ini hendaklah berkuat kuasa hanya jika dan selagi peruntukan bersaling terkandung dalam undang-undang Singapura yang berhubungan dengan syarikat amanah.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.