AKTA 28
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971


Tajuk Panjang & Mukadimah

Suatu Akta untuk melarang pendaftaran atau pelesenan perniagaan-perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu dan pendaftaran syarikat-syarikat yang tujuannya atau salah satu daripada tujuannya adalah untuk menganjurkan rancangan-rancangan atau perkiraan-perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya dan juga untuk menjadikan sebagai salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan rancangan-rancangan atau perkiraan-perkiraan tersebut dan untuk membuat peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.