Sign In

​​Pengarah Syarikat Didakwa Kerana Gagal Mengisytiharkan Kepentingannya Di Bawah Seksyen 131(1) Akta Syarikat 1965​​


SHAH ALAM, SELANGOR – Pengarah syarikat Al Madinah International Foundation iaitu Bahrudin A Rahman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah 5, Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Isnin, terhadap dua pertuduhan kerana gagal mengisytiharkan kepentingan beliau di dalam syarikat Petromec Works Sdn. Bhd. dan Nuzum Global Sdn. Bhd.

Kedua-dua syarikat tersebut telah menandatangani perjanjian perkhidmatan pembekalan mesin percetakan dan perkhidmatan kawalan keselamatan dengan syarikat Al Madinah International Foundation di dalam mesyuarat lembaga pengarah syarikat Al Madinah International Foundation sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 131(1) Akta Syarikat 1965 (Akta 125).

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Tuan Ahmad Azhari bin Abdul Hamid.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut seksyen 131(1) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara selama 7 tahun atau denda RM 150,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhammad Idzwan bin Ishak manakala tertuduh diwakili oleh Dato’ Hajah Hazizah binti Kassim dari Tetuan Hazizah & Co.

Mahkamah menetapkan 18 September 2018 untuk sebutan semula kes.

DIKELUARKAN OLEH:SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

TARIKH:27 OGOS 2018



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001