Sign In

​​Pelikuidasi Didakwa Mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 Kerana Membuat Pernyataan Palsu Kepada Pendaftar Syarikat (SSM​)​


​Isnin, 30 Julai 2018 - Seorang pelikuidasi, Choong Shin Cheong (Choong), 75 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 23 Julai 2018 kerana dikatakan telah melakukan dua kesalahan di bawah seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 (AS 1965).

Choong dikenakan dua pertuduhan berkaitan dengan penyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat (SSM) melalui serahsimpan Borang 75, iaitu berkenaan tarikh permulaan penggulungan syarikat Pentamont Development Sdn Bhd (580415-M) dan meninggalkan maklumat pemiutang di ‘particulars of rate of dividends and rates declared’ di Borang 75 tersebut. 

Kesalahan di bawah seksyen 364(2) AS 1965 memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh 10 tahun atau denda sehingga RM250,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah telah menetapkan 23 Oktober 2018 sehingga 24 Oktober 2018 sebagai tarikh perbicaraan kes ini.  

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Faizal Mahdi Mahmud, Pegawai Pendakwa Kanan SSM dari manakala Choong diwakili peguam Encik Abd Rahm Ali. 

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
30 JULAI 2018 



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001