Sign In


​Bekas Pengarah Dihukum Denda Bagi Kesalahan Di Bawah Seksyen 125(1) Akta Syarikat 1965​​


KHAMIS, 13.09.2018Seorang bekas pengarah syarikat iaitu Abdul Shukor Bin Hamid (OKS) telah dijatuhkan hukuman denda RM6,000.00, gagal bayar  penjara 2 bulan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Puan Rasyihah Binti Ghazali. 

Hakim telah menetapkan hari ini sebagai jatuh hukum setelah OKS membuat pengakuan salah pada tarikh sebutan lepas bagi satu pertuduhan yang dikenakan di bawah seksyen 125(1) Akta Syarikat 1965 kerana telah bertindak sebagai pengarah syarikat Kota Viana Quest Sdn Bhd. sedangkan pada masa itu beliau merupakan seorang yang telah disytiharkan bankrap dan masih belum dilepaskan daripada status kebangkrapannya oleh Mahkamah.
​​​
Kesalahan di bawah seksyen 125(1) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM Mohd Iqbal Mohd Yusoff manakala OKS tidak diwakili peguam.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
Bertarikh: 13 September 2018
​​


myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001