Sign In
BEKAS PENGARAH DIHUKUM DENDA BAGI KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 125(1) AKTA SYARIKAT 1965

KHAMIS, 13.09.2018 : Seorang bekas pengarah syarikat iaitu Abdul Shukor Bin Hamid (OKS) telah dijatuhkan hukuman denda RM6,000.00, gagal bayar  penjara 2 bulan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Puan Rasyihah Binti Ghazali. Hakim telah menetapkan hari ini sebagai jatuh hukum setelah OKS membuat pengakuan salah pada tarikh sebutan lepas bagi satu pertuduhan yang dikenakan di bawah seksyen 125(1) Akta Syarikat 1965 kerana telah bertindak sebagai pengarah syarikat Kota Viana Quest Sdn Bhd. sedangkan pada masa itu beliau merupakan seorang yang telah disytiharkan bankrap dan masih belum dilepaskan daripada status kebangkrapannya oleh Mahkamah.


​Kesa​lahan di bawah seksyen 125(1) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


​​Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM Mohd Iqbal Mohd Yusoff manakala OKS tidak diwakili peguam.​

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Bertarikh: 13 September 2018​

Attachments
myGovernment
KPDNKK myGoverment
Agencies under Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP)
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
Telephone: +603-2299 4400
Fax: +603-2299 4411
Hotline: +603-2299 4400
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001