Sign In
Pelaksanaan Pengurangan Kompaun Secara Automatik

Bermula 1 Julai 2019 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melaksanakan kaedah pengurangan kadar kompaun secara automatik sebagai langkah pemudah cara penyelesaian kompaun dalam tempoh yang ditetapkan. Pendekatan ini juga adalah bertujuan untuk memberi dorongan kepada komuniti korporat di dalam mematuhi peruntukan Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016.

Tujuan utama pelaksanaan kaedah baru ini adalah bermatlamat memberi kelebihan kepada komuniti korporat menikmati kadar pengurangan kompaun yang lebih tinggi tanpa perlu mengemukakan rayuan pengurangan. 

Mekanisma dan kadar pengurangan kompaun secara automatik ini adalah seperti jadual berikut:

 

Tempoh Pembayaran Dari Tarikh Kompaun

Kadar Pengurangan Dari Nilai Asal Kompaun

 

1 hingga 40 hari85%
41 hingga 60 hari75%
61 hingga 90 hari60%
91 hingga 180 hari30%

 

Pengurangan kompaun secara automatik akan diberikan kepada kompaun-kompaun yang ditawarkan bagi kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016, kecuali:

  • Kompaun bagi Penyelesaian Luar Mahkamah atau Kertas Siasatan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendakwaan & Litigasi serta Pejabat Negeri / Cawangan;
  • Kompaun yang telah luput tetapi dijana semula untuk proses bayaran; dan
  • Kompaun yang telah diberi pengurangan melalui proses rayuan sebelum ini.

 Pengurangan akan diberikan semasa proses bayaran dilakukan di mana-mana kaunter SSM seluruh Malaysia.

SSM selaku pengawal selia korporat adalah bertanggung jawab bagi memastikan tahap pematuhan peruntukan Akta Syarikat yang tinggi di kalangan warga komuniti korporat di Malaysia memandangkan pengurusan tadbir urus korporat yang baik dapat menjamin kesinambungan dan integriti sesebuah syarikat.

SSM ingin menyarankan agar warga komuniti korporat di Malaysia mengambil peluang ini untuk menjelaskan kompaun bagi mengelakkan sebarang tindakan mahkamah.

Tawaran pengurangan kompaun secara automatik ini adalah tertakluk kepada Seksyen 38A(1) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001. Apabila tindakan mahkamah telah diambil, semua rayuan tidak akan dilayan.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas boleh dirujuk kepada Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000/03-2299 5334, emel ar_compliance@ssm.com.my  atau laman sesawang SSM di www.ssm.com.my.

 ​


Attachments
myGovernment
KPDNKK myGoverment
Agencies under Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP)
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
Telephone: +603-2299 4400
Fax: +603-2299 4411
Hotline: +603-2299 4400
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001